Blog >

Bubur lambuk & kurma…

Semalam sukarelawan bergotong-royong berkongsi rezeki dalam program memasak & pengagihan 1,000 bekas bubur lambuk & pek kurma kepada komuniti sekitar Pusat Komuniti Amal Halal Food Pandan Jaya.

Semerbak aroma satu kedai 😍

Bukan sahaja dapat mengisi waktu lapang dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka yang memerlukan bahkan dapat berukhwah dengan masyarakat sekeliling.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang beriman hingga membuatnya kenyang daripada rasa lapar maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” Riwayat at-Tabrani

Semoga kita mendapat keredaan Allah SWT dan seterusnya memperoleh ganjaran syurga-Nya yang sangat hebat. Amin

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#buburlambukpercuma