Blog >

Chapter Medic di Semporna

Kalau bukan kita yang ambil tahu, siapa lagi…

Panas terik hari ini di tepi pantai Sabah dah cukup untuk buat semua orang berlindung dalam rumah masing-masing…

Namun #chaptermedic AVO gagahkan juga untuk program jangkau luar klinik bergerak kepada komuniti pulau sekitar Semporna untuk saringan kesihatan asas percuma dan untuk menilai kesihatan komuniti terpencil disini.

Selain pek masakan panas tengah hari untuk semua penduduk pulau yang hadir, lebih 100 keluarga juga team AVO berjaya koordinasikan untuk penerimaan pek bakul makanan seperti tepung, minyak masak, gula dan lain-lain barangan harian, atas dasar yang dianjurkan oleh al-Quran dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa serta permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.”

Moga usaha kecil kami ini akan jadi asbab untuk pihak lain juga untuk mula hulurkan bantuan disini kelak insha-Allah 🤲

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi