Blog >

Chapter Quran di Semporna

Hari ini team AVO akan berkampung selama 4 hari di bumi Semporna, Sabah sambil membawa tali ukhwah dan bantuan kepada komuniti di sana.

Tak buang masa, #chapterquran hari pertama terus disulam dengan lawatan dan pemberian sumbangan Quran wakaf dengan bantuan pihak Masjid As-Salam Semporna kepada wakil-wakil masjid dan madrasah sekitar.

Terasa sungguh macam saudara yang sudah lama tidak berjumpa walaupun bersua pertama kali dengan pihak sana..

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Esok, nantikan juga #chaptermedic yang akan turut bersama untuk bantuan klinik bergerak percuma di pulau-pulau sekitar ini juga.

Ya Allah, kuatkanlah hati para sukarelawan kami untuk terus istiqamah di jalan-Mu 🤲