Dunia Yang Sementara….

Apabila seseorang sudah tiba ajalnya cepat atau lambat, pasti akan datang jua. Hakikatnya, kematian adalah satu ketentuan Allah SWT dimana setiap manusia pasti akan mengalami kematian. Selagi kita masih bernafas, usahlah berlengah dalam membuat amal kebajikan kelak ia akan menjadi bekalan di akhirat..
.
وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; [Surah Ali-Imran, ayat 133]

Semoga Allah selamatkan kita daripada tipu daya dunia dan menjadikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911