Blog >

Hajat Terakhir….

Alhamdulillah, team AVO telah menyempurnakan hajat pesakit kanser tahap akhir untuk berada di rumahnya pada waktu ini. Pesakit selamat tiba di rumahnya dari Institut Kanser ke Masjid Tanah Melaka. Sesungguhnya, ajal maut di tangan tuhan. Manusia hanya mampu merancang sebaliknya Allah Maha Mengetahui segalanya.
.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
.
Maksud : Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.
Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit. (Hadis Riwayat Bukhari)

.
Ya Allah, kau angkatkanlah segala kesakitan yang beliau hadapi dan berilah yang terbaik untuknya.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

__

Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911