Blog >

Hari Sukarelawan Antarabangsa

“Volunteers do not necessarily have the time, they just have the heart”

Tanggal 5 Disember ialah hari yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Sukarelawan Sedunia kepada sukarelawan-sukarelawan Amal Valley Organization.Barisan wira yang tidak didendang yang tidak pernah jemu dan lelah memenuhi tuntutan fardu kifayah bagi membantu golongan asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Tidak kira panas atau hujan mereka tetap kuat menghidupkan erti hidup pada memberi kepada masyarakat.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

“Semoga Allah SWT membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada kalian dengan balasan yang terbaik.”

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi