Blog >

Hentian Terakhir…

Cerita hari ini.. Kami berkesempatan untuk membantu seorang jenazah wanita yang dibawa dari Hospital Ampang ke Gunung Semanggul, Perak. Jenazah wanita ini adalah ibu kepada penyumbang salah sebuah Van Jenazah AVO pada tempoh hari… Alhamdulillah, segala urusan Allah permudahkan untuk kami semua.
.
مَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَۗ اَفَا۟ىِٕنْ مِّتَّ فَهُمُ الْخٰلِدُوْنَ

Dan Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia sebelum engkau (Muhammad); maka jika engkau wafat, apakah mereka akan kekal? [Surah Al-Anbiya’, Ayat 34]
.
Semoga Allah ampuni dosa hambanya serta dijauhi dari azab kubur.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911