Alhamdulillah, hari ini kami diberi peluang untuk berbakti kepada insan..
.
Bermula dengan salah seorang sukarelawan kami terlihat posting di Facebook berkenaan permohonan sebuah mesin basuh oleh seorang OKU dan kebetulan kami memegang amanah mesin basuh wakaf dari seorang sahabat kami.
.
Maka, kami tunaikan permintaan beliau.. AVO Movers digerakkan bagi menyelesaikan tugasan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
.
Mereka gembira, kami suka hati. Alhamdulillah, semoga peluang begini muncul lagi untuk kami😍
.
قَالَ مَا مَكَّنِّيْ فِيْهِ رَبِّيْ خَيْرٌ فَاَعِيْنُوْنِيْ بِقُوَّةٍ اَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا ۙ
Dia (Zulkarnain) berkata, “Apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadaku lebih baik (daripada imbalanmu), maka bantulah aku dengan kekuatan, agar aku dapat membuatkan dinding penghalang antara kamu dan mereka.[Surah Al-Kahfi, Ayat 95]
“Erti Hidup Pada Memberi”
.

#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911