Kematian adalah saat terpisahnya jasad dan roh pada manusia. Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Apapun, perjalanan hidup mesti diteruskan dan semestinya setiap hamba perlu memiliki cita-cita untuk kembali ke kampung asal di syurga Allah SWT kerana dunia bukan tempat untuk tinggal, tetapi ia adalah tempat untuk ditinggalkan.
.
يَوْمَ نَدْعُوْا كُلَّ اُنَاسٍۢ بِاِمَامِهِمْۚ فَمَنْ اُوْتِيَ كِتٰبَهٗ بِيَمِيْنِهٖ فَاُولٰۤىِٕكَ يَقْرَءُوْنَ كِتٰبَهُمْ وَلَا يُظْلَمُوْنَ فَتِيْلًا
“Ingatlah hari kiamat pada hari ini kami memanggil tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam (kitab amal) mereka, maka sesiapa yang diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca kitab mereka dengan mereka dengan gembira dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun” [Surah Al-Isra’, Ayat 71]
.
Semoga Allah SWT akhiri kematian dengan sebaik baik kematian serta ditempatkan dalam syurga firdausi.
.
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911