Kerana Allah Lebih Menyayangi…

Alhamdulillah sekali lagi sukarelawan AVO datang membantu untuk menyempurnakan amanah dari waris jenazah menguruskan seorang jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam AU4 Keramat. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian Allah Swt. Kerana Allah lebih menyayangi…
.
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. [Surah Al-Baqarah, Ayat 185]
.
Semoga seperti mana kita mempermudahkan urusan orang lain,pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita pula.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti. Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821