Lambaian Pulau Perhentian…

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh.’” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Bismillah… Doakan perjalanan sukarelawan ini dipermudahkan ye..

Bantuan ‘food pack’ menuju ke salah sebuah pulau yg diuji Allah dgn wabak Covid-19..

Setiap bantuan dibungkus dgn beg plastik melihat keadaan yg hujan & laut berombak.

Sebenarnya, Tuhan sedang menguji kita.. Kita diuji apa tindakan kita melihat saudara kita yg ditimpa ujian…

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Maksudnya, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah al-Ankabut, Ayat 2)

Kami di Amal Valley hanyalah platform…

Platform sukarelawan mengkordinasikan Fastabikul khairat..

Terima kasih penyumbang
Terima kasih sukarelawan
Terima kasih Saujana Care atas ukhuwah ini