Malam Apresiasi Hospital Ampang…

Jutaan terima kasih diucapkan buat pihak Hospital Ampang yang telah menjemput pihak AVO ke majlis penghargaan untuk petugas-petugas barisan hadapan bagi Hospital Ampang.

Sejak setahun yang lalu, sukarelawan AVO telah diberi kepercayaan oleh pihak Hospital Ampang untuk menguruskan jenazah Islam COVID-19 dan bukan COVID-19.

Tidak kira siang atau malam, hujan mahu pun terik, sukarelawan AVO telah bersungguh-sungguh membawa amanat tersebut dengan berbekalkan semangat erti hidup pada memberi.

Doakan supaya sukarelawan AVO tetap istiqamah dan ikhlas kerana Allah dalam menggalas tanggungjawab tersebut🤲