Pejam celik pejam celik, bulan Sya’ban hampir sampai ke penghujungnya dan ini bermakna bulan Ramadan semakin menghampiri kita, tak sabar rasanya🥰
Jadi apa persediaan anda semua untuk menyambut Ramadan tahun ini?🤔🤔
Sekiranya anda masih belum mempunyai apa-apa persediaan, jom ikuti siri tazkirah harian: Mencari Semangat Ramadan bersama dengan Ustazah Hidayu bagi membangkitkan semangat Ramadan dalam diri anda semua.
Siri tazkirah ini akan bermula pada esok, 23 Mac 2022 (Rabu) pada jam 7 malam.
Semoga Ramadan tahun ini bukanlah hanya sekadar bazar Ramadan, baju raya, kuih raya tetapi kita benar-benar menghayati erti Ramadan yang sebenar.
Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadan tahun ini inshaAllah🤲
#Mencarisemangatramadan
#Amalvalleyorganization
#Ertihiduppadamemberi