Blog >

Mengejar Lailatul Qadar…

Memasuki fasa terakhir bulan suci Ramadan, umat Islam pastinya bersungguh-sungguh mengerjakan amal kebaikan selain mengejar satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Apakah amalan yang boleh dilakukan dalam mengejar 10 malam terakhir ramadhan? Antaranya ialah

  1. Memperbanyakkan zikir
  2. Memperbanyakkan istighfar
  3. Memperbanyakkan bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan
  4. Membaca al-Quran
  5. Memperbanyakkan doa sebagaimana doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada isteri baginda
  6. Iktikaf di masjid

Firman Allah SWT:

ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺩْﺭَﺍﻙَ ﻣَﺎ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻟْﻒِ ﺷَﻬْﺮٍ

“Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” [Surah Al-Qadr: 2-3]

Semoga kita dipertemukan dengan malam kemuliaan itu yang lebih baik daripada bulan-bulan selainnya.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi