Menghargai Setiap Detik dan Waktu…

Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Perlu kita ketahui bahawa dunia berada di penghujung, semakin hari semakin menghampiri kiamat. Begitu juga umur kita, semakin hari semakin berkurang usia kita dan semakin menghampiri kematian. Sedangkan waktu dan masa amat terbatas.
.
كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ
.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” [Surah Ali Imran: 185]
.
Semoga kita semua terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan supaya kebaikan yang kita lakukan
menjadi bekalan di akhirat kelak.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19


Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911