Blog >

Moga Allah Berkati Setiap Usaha Yang Dilakukan…

Alhamdulillah, sukarelawan AVO telah menyempurnakan dalam penghantaran jenazah dari Hospital Ampang ke Felda Raja Alias Negeri Sembilan. Sesungguhnya, sifat bantu membantu adalah amalan mulia yang akan mendapat ganjaran besar disisi Allah. Semoga kita semua diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan kehidupan dengan tabah dan sabar serta sentiasa mengharapkan pertolonganNya.
.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu [Surah Muhammad, Ayat 7]
.
Semoga kita semua dapat menerima apa sahaja ujian dengan hati yang terbuka dan berjaya dalam perjalanan di dunia seterusnya beroleh rahmat dari Yang Maha Pengasih.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

__

Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911