Alhamdulillah, kami menerima panggilan dari waris untuk membantu menguruskan jenazah yang akan dibawa dari Hospital Ampang ke Palong, Negeri Sembilan. Pada mulanya waris telah menghubungi pihak kariah surau untuk bantuan akan tetapi pihak surau tidak dapat menolong atas sebab tiada pemandu di sebelah malam. Waris menjadi buntu, mujur kami sentiasa bersedia untuk memudahkan urusan arwah serta keluarga waris. Semoga keluarga ini diberi ketabahan serta kuat dalam menghdapi ujian hidup ini…
.
قُلۡ يَتَوَفّٰٮكُمۡ مَّلَكُ الۡمَوۡتِ الَّذِىۡ وُكِّلَ بِكُمۡ ثُمَّ اِلٰى رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُوۡنَ
Katakanlah, “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan.” [Surah As-Sajdah, Ayat 11]
.
Ya Allah, kau tempatkanlah hamba-hambamu ini dalam kalangan golongan orang-orang beriman serta dijauhi dari seksa azab kubur.
.
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti. Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/
ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821