Orang memberi, kita merasa…

Orang memberi, kita merasa…

Setelah beberapa bulan, kami pulangkan kembali kepada tuan badan untuk urusan yang lebih memerlukan di sana…

Kami zahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor yang telah memberi pinjaman sementara aset van jenazah kepada AVO bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan jenazah percuma pada komuniti yang memerlukan pada saat-saat pandemik memuncak sebelum ini…

Berdasarkan rekod, lebih 150 jenazah daripada lebih 500 jenazah COVID-19 dan penyakit berjangkit kami telah diurus & ditransit dengan menggunakan van jenazah pinjaman ini sepanjang akhir tahun lepas.

مَنْ ذَا الَّذِيْ يُقْرِضُ اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهٗ لَهٗٓ اَضْعَافًا كَثِيْرَةً ۗوَاللّٰهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۣطُۖ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

Maksudnya: Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. [ Al-Baqarah Ayat 245 ]

Semoga pinjaman ini akan dilipatgandakan dengan gantian yang lebih baik kepada pihak JAIS dan PAID Hulu Selangor dan semoga usaha dan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Doakan AVO sentiasa istiqamah di dalam usaha-usaha mengangkat kewajipan fardhu kifayah ini.

#ertihiduppadamemberi

#amalvalleyorganization

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19