Blog >

Pahala Yang Di Cari….

Sekali lagi hari ini kita berkongsi pahala dalam membantu menguruskan jenazah tidak kira siang mahupun malam, panas ataupun tidak. Dunia hanyalah tempat persinggahan yang bersifat sementara, manakala akhirat adalah destinasi yang kekal abadi. Justeru pengakhiran kehidupan yang baik
atau husnul khatimah sentiasa menjadi impian dan dambaan bagi setiap orang yang beriman.
.
وَلَنْ يُّؤَخِّرَ اللّٰهُ نَفْسًا اِذَا جَاۤءَ اَجَلُهَاۗ وَاللّٰهُ خَبِيْرٌۢ بِمَا تَعْمَلُوْنَ ࣖ
.
Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. [Surah al-Munafiqun, Ayat 11]
.
Semoga Allah SWT menganugerahkan pengakhiran hidup ini dengan sebaik-baik kesudahan di dalam iman dan Islam serta tidak mengakhirinya seburuk-buruk kesudahan.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19


Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911