Blog >

Pesanan Luqman Al-Hakim…

Pedoman Ringkas Hari Ini 🥰

Siapakah Luqman Al-Hakim ini?

Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba Allah yang soleh dan kuat beribadat. Beliau juga dikenali dengan kebijaksanaan yang luar biasa sehinggakan nasihat beliau kepada anaknya telah dicatatkan oleh Allah dalam Surah Luqman.

Pesanan Luqman yang pertama kepada anaknya yang boleh diambil sebagai ibrah ialah tidak menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

Allah itu tidak akan mengampuni dosa orang yang menyekutukannya sehingga orang tersebut melakukan taubat.

Menyekutukan Allah atau syirik ini terbahagi kepada dua iaitu syirik jali (terang dan nyata) dan syirik khafi (khafi).

Barangkali adalah mustahil untuk kita melakukan syirik secara terangan seperti menyembah berhala tetapi adakah kita telah terselamat daripada melakukan syirik secara tersembunyi?

Kadang kala tanpa kita sedar kita telah melakukan syirik khafi iaitu syirik tersembunyi iaitu kita melakukan amalan kerana mengharapkan pujian manusia.

Misalnya kita bersedekah kerana ingin diagung-agungkan oleh orang lain.

Oleh itu marilah kita sentiasa berhati hati dalam apa jua yang dilakukan agar kita tidak terjerumus ke dalam syirik jali dan syirik khafi.

Semoga setiap amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah.


Tidak juga di lupakan, sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan, boleh lakukannya melalui link di bawah:

Kempen

#Amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi