,

Quran untuk Semporna…

Alhamdulillah sebanyak 800 buah Al-Quran (bernilai lebih RM16,000!) telah diwaqafkan oleh beberapa orang hamba Allah dengan kerjasama Nasyrul Quran untuk komuniti di Semporna, Sabah.

Percayalah, ini satu pelaburan yang tidak sia-sia di sisi Allah kerana satu ayat yang dilantunkan daripada Al-Quran yang diwakafkan, inshaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir buat orang yang mewaqafkan.

Semoga kebaikan yang berpanjangan juga buat sukarelawan AVO yang telah bertungkus lumus mengangkat dan menyusun Al-Quran ini untuk diposkan ke Semporna dan kebaikan juga buat mereka-mereka yang lain yang turut terlibat dalam memudahkan proses waqaf Al-Quran ini.

Doakan sukarelawan AVO terus istiqamah dan ikhlas kerana Allah dalam terus menghidupkan erti hidup pada memberi.


Para pembaca kalau nak turut sama berkongsi pahala, boleh turut sama menyumbang bagi penghantaran bantuan Al-Quran ini ke Semporna, hubungi sahaja nombor ini, 013-3502911

#Amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi