Blog >

Rehatlah Di Syurga Anakku…

Sedih dan pilu dalam menguruskan anak syurga yang baru berusia 4 bulan.. Meskipun terpisah awal, mereka tetap menjadi penunggu setia ibu bapanya di sana nanti sebagai penyelamat jalan terakhir memasuki syurga. Semoga ibu bapa anak syurga ini sabar menerima segala ujian kerana pastinya ada ganjaran lebih besar menanti di akhirat.
.
َأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صلى الله عليه وسلم وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ‏

Maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari, 7047)
.
Anakku, damailah dikau di sana, perjuangan mu di sini telah berakhir dan kini nikmatilah taman syurga yang telah Allah janjikan.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19