Segalanya Suratan Takdir…..

Kehilangan orang tersayang terutama ahli keluarga bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima oleh seseorang apatah lagi pemergiannya terpaksa direlakan biarpun dalam keadaan diri belum bersedia. Namun, kesedihan itu bukan sahaja membebani diri insan yang merasa kehilangan, malah mereka yang berdepan dan menyaksikan situasi berkenaan turut sama berkongsi emosi yang serupa. Oleh itu, berdamailah dengan segala takdir Allah supaya beroleh ketenangan hati.
.
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
.
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).
.
Semoga kita semua diberi keredaan hati dalam menerima segala takdir dan ketentuan Allah SWT.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19