Blog >

Semua Ini Hanya Pinjaman Allah SWT……

Hiba hati ketika menguruskan jenazah pada musim perayaan ini. Ketika kita sedang bergembira namun ada insan yang sedang menghadapi ujian dari Allah SWT seperti kehilangan orang yang tersayang. Oleh itu, bersamalah kita mendoakan agar mereka diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi segala ujian didunia ini.
.
قُلْ اِنَّ الْمَوْتَ الَّذِيْ تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِنَّهٗ مُلٰقِيْكُمْ ثُمَّ تُرَدُّوْنَ اِلٰى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ ࣖ
.
Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Surah Al-Jum’ah, Ayat 8]
.
Semoga kita yang pernah dan sedang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang terus diberi kekuatan dan keimanan yang mantap. Semua kita adalah pinjaman Allah SWT

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19


Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911