Kedatangan hari raya disambut begitu meriah sekali oleh semua umat Islam. Oleh itu, wajarlah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah SWT. Aidilfitri adalah manifestasi kegembiraan umat Islam kerana kesungguhan dalam beribadah dan amalan kebaikan yang dilakukan di dalam Ramadan. Sehubungan dengan itu, marilah kita menjadi Muslim yang sentiasa bersyukur atas kurniaan dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT terutama dalam keseronokan kita menyambut Aidilfitri ini.
.
Jom imarahkan hari dan masa terluang kita untuk mendengar tazkirah istimewa Aidilfitri pada hari Khamis ini, agar kita peroleh keberkatan bersama๐ค
.
Jangan lupa ajak sekali ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan kita untuk sama-sama kejar pahala iniโจ
ููููุชูููู ููููุง ุงููุนูุฏููุฉู ููููุชูููุจููุฑููุง ุงููููฐูู ุนูููฐู ู ูุง ููุฏูฐูููู ู ููููุนููููููู ู ุชูุดูููุฑููููู
โDan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.โ (Surah al-Baqarah, ayat 185)
.
Semoga Aidilfitri dirai pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih, terutama dalam memelihara hubungan kekeluargaan seperti dianjurkan Islam. Kerana itulah sifat maaf memaafkan orang lain adalah salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah SWT.
.
Tazkirah sebelum ini boleh ditonton menerusi:
https://www.facebook.com/AmalValleyOrganization/videos/706572987430161
.
Tidak juga dilupakan, sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan, boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/
.
Semoga sumbangan yang dihulurkan ini diganjarkan pahala berterusan oleh Allah SWT
#jommengaji
#AmalValleyOrganization
#ertihiduppadamemberi