Blog >

Tazkirah Istimewa Ramadan…

Pejam celik, pejam celik sudah hampir kita ke penghujung Ramadan.

Pecutan terakhir untuk kita lakukan amal ibadah secara berterusan walaupun sedikit.

Sudahkan kita bersedia untuk meninggalkan bulan yang penuh barakah ini?

Jom imarahkan hari dan masa terluang kita untuk mendengar tazkirah istimewa ramadan ini agar kita peroleh keberkatan bersama 🤗

Jangan lupa ajak sekali ibu bapa , adik-beradik , rakan- rakan kita untuk sama sama kejar pahala ini ✨

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada ALLAH, serta mengharapkan keredaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga jiwa orang yang berpuasa dan mengejar kebaikan puasa ini Allah redhai.

Tazkirah sebelum ini boleh ditonton menerusi:

https://www.facebook.com/watch/AmalValleyOrganization/535568781258690/

Tidak juga dilupakan, sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan, boleh lakukannya melalui link di bawah:

Kempen

Semoga sumbangan yang dihulurkan ini diganjarkan
pahala berterusan oleh Allah SWT

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#majlisilmu