Blog >

Terima kasih MAIS (Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz)…

Jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, atas pinjaman aset van jenazah ini..

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim).

Hampir empat bulan van jenazah ini menabur bakti kepada pihak pertubuhan dalam mengkoordinasi lebih 350 pengurusan jenazah COVID-19..

Menjadi saksi kepada pengiringan akhir jenazah COVID-19, yang sedikit sebanyak membantu menyelesaikan backlog jenazah di hospital awam kita..

Hari ni, pihak pertubuhan pulangkan semula kepada tuan empunya, untuk disambung bakti kepada mereka yang lebih memerlukan..